Khamis, 4 April 2013

Teknik Mencari Isi Tersurat dan Tersirat

Semasa mencari isi tersurat, calon mesti mengamati atau meneliti fokus pertama yang ada dalam kehendak soalan rumusan itu, misalnya “Rumuskan kekangan-kekangan untuk…” . Calon perlu mencari isi yang sedia ada dalam petikan yang berkaitan dengan fokus pertama itu. Lantarannya calon diminta memahami kata-kata kunci yang sering wujud dalam soalan rumusan, seperti:

-kesan, impak, implikasi, akibat
-keburukan, risiko, kelemahan, akibat yang negatif
-kebaikan, kelebihan, kepentingan, faedah, manfaat, kesan positif
-punca, faktor, sebab
-langkah, kaedah, cara, tindakan, usaha, alternatif, pendekatan, formula, strategi,
-kekangan, cabaran, halangan, masalah, kemusykilan
-peranan, fungsi, tanggungjawab.
Semua isi tesurat mesti berdasarkan isi yang ada dalam petikan dan jangan ada pandangan sendiri.  Isi yang telah diambil perlu lengkap tetapi membuangkan huraian dan contoh, iaitu ” misalnya, contoh, umpama, seperti, iaitu…..” . Sebaliknya jika terdapat “terutamanya, khususnya” bahagian isi dikehendaki.
Sebaliknya, ketika mencari isi tersirat, calon hanya mengamati fokus kedua sahaja. Amalkan prinsip berikut:
a. isi yang tidak terdapat dalam petikan.
b. isi itu mesti konkrit.
(-*”Anak perlu menyayangi ibu bapa.”- tidak konkrit dan abtrak.  Sepatutnya, “Anak perlu sentiasa menziarahi ibu bapa dan menghubungi mereka melalui telefon” – konkrit
-*”Jiran harus tolong-menolong untuk menghapuskan jenayah.”-tidak konkrit.  Sepatutnya, “Kita perlu menjaga keselamatan rumah jiran ketika mereka balik ke kampung.”- konkirt).
c. positif
(-*”Pihak polis harus menembak mat rempit yang melanggar undang-undang.” -negatif.   Sepatutnya, “Pihak polis harus mengadakan sekatan jalan raya untuk menahan mat rempit.”-positif”)
Semua isi tersurat dan tersirat boleh ditulis dengan satu isi satu ayat atau digabung dengan dua isi. Ketika menggabung dua isi, calon mesti memastikan bahawa kedua-dua isi itu mempunyai subjek atau prediket yang sama.

Rabu, 6 Mac 2013

Kisah Kura-kura dan Sang Arnab

Hai kawan-kawan. Mari baca kisah Kura-kura dan Sang Arnab. Kemudian, sila jawab soalan-soalan yang telah disediakan. Selamat mencuba.

Suatu masa dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar antara satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menetukan siapakah yang lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat maka dia dia dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi, Sang Arnab pun berehat sebentar di bawah sepohon pokok dan tertidur.


Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan melihat Sang Kura-kura lebih awal sampai di garisan penamat. Lalu dia pun menyesali apa yang telah terjadi.

Soalan:

1. Siapakah yang menjuarai perlumbaan tersebut?
_____________________________________.

2. Mengapakah Sang Arnab kalah dalam perlumbaan tersebut?
_______________________________________________.

3. Apakah pengajaran yang diperolehi melalui certita tersebut?
_______________________________________________.

Anggota Badan Saya

Jom belajar suku kata


Ma + ta= Mata



Gi + gi= Gigi



Ja + ri= Jari



Ka + ki= Kaki


Jom uji minda!

Arahan: Lengkapkan ayat berikut dengan perkataan yang sesuai.

1. Amin melihat pemandangan yang indah menggunakan_____________.
2. Amira menendang bola menggunakan____________.
3. Adik selalu mengalami sakit_________ kerana dia suka makan gula-gula.
4. Kakak kelihatan lebih cantik ketika memakai cincin di _________ tangannnya.