Khamis, 4 April 2013

Teknik Mencari Isi Tersurat dan Tersirat

Semasa mencari isi tersurat, calon mesti mengamati atau meneliti fokus pertama yang ada dalam kehendak soalan rumusan itu, misalnya “Rumuskan kekangan-kekangan untuk…” . Calon perlu mencari isi yang sedia ada dalam petikan yang berkaitan dengan fokus pertama itu. Lantarannya calon diminta memahami kata-kata kunci yang sering wujud dalam soalan rumusan, seperti:

-kesan, impak, implikasi, akibat
-keburukan, risiko, kelemahan, akibat yang negatif
-kebaikan, kelebihan, kepentingan, faedah, manfaat, kesan positif
-punca, faktor, sebab
-langkah, kaedah, cara, tindakan, usaha, alternatif, pendekatan, formula, strategi,
-kekangan, cabaran, halangan, masalah, kemusykilan
-peranan, fungsi, tanggungjawab.
Semua isi tesurat mesti berdasarkan isi yang ada dalam petikan dan jangan ada pandangan sendiri.  Isi yang telah diambil perlu lengkap tetapi membuangkan huraian dan contoh, iaitu ” misalnya, contoh, umpama, seperti, iaitu…..” . Sebaliknya jika terdapat “terutamanya, khususnya” bahagian isi dikehendaki.
Sebaliknya, ketika mencari isi tersirat, calon hanya mengamati fokus kedua sahaja. Amalkan prinsip berikut:
a. isi yang tidak terdapat dalam petikan.
b. isi itu mesti konkrit.
(-*”Anak perlu menyayangi ibu bapa.”- tidak konkrit dan abtrak.  Sepatutnya, “Anak perlu sentiasa menziarahi ibu bapa dan menghubungi mereka melalui telefon” – konkrit
-*”Jiran harus tolong-menolong untuk menghapuskan jenayah.”-tidak konkrit.  Sepatutnya, “Kita perlu menjaga keselamatan rumah jiran ketika mereka balik ke kampung.”- konkirt).
c. positif
(-*”Pihak polis harus menembak mat rempit yang melanggar undang-undang.” -negatif.   Sepatutnya, “Pihak polis harus mengadakan sekatan jalan raya untuk menahan mat rempit.”-positif”)
Semua isi tersurat dan tersirat boleh ditulis dengan satu isi satu ayat atau digabung dengan dua isi. Ketika menggabung dua isi, calon mesti memastikan bahawa kedua-dua isi itu mempunyai subjek atau prediket yang sama.

4 ulasan:

  1. Sejak akhir-akhit ini pelbagai masalah displinsering berlaku disekolah.bincangkan punca-punca masalah displin di sekolah.tulis karangan kamu selwngkapnya

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana memberi info ini, dengan ini saya akan lebih mudah untuk mencari isi tersirat dan tersurat ☺☺

    BalasPadam